Tiada yang indah selain yang indah-indah belaka... ;) as the saying goes " breakfast is the most important meal of the day" so, the most important greeting for the day is.. Assalammualikum w.b.t ............. happy retriving your memory back! wuuhuu...
Thursday, August 29, 2013
Friday, August 23, 2013
Murahkanlah rezeki kami ya Allah..
Check out @DoaIndah's Tweet: https://twitter.com/DoaIndah/status/370915985320333312
Saturday, July 20, 2013
Bukan kerajaan je ada transformasi..
transformasi... ya, aku telah melalui zaman ni... buktinya sekarang ni aku
dah tak nak lagi menjadi selembut-lembut manusia... hehe... macam la sebelum ni
aku lembut sangat... tapi frankly speaking aku memang dah berubah... my lovely
mak mengakui perubahan aku ni...
rasanya dah berbulan-bulan jugak la aku tak mengepost apa-apa kat sini...
bukannya sebab aku busy ke apa tapi sebab aku nak fikir apa sebenarnya
yang aku cari dan yang aku nak dalam hidup aku ni...
kadang-kadang aku terfikir jugak.. aku post kt sini cerita-cerita gorgeuos aku ni nak buat apa tapi.... ada aku kisah... aku cuma nak jadi kan benda ni sebagai aku punya memory.. bila
aku lupa, aku buka benda ni aku retrieve memory aku balik.. ni kan medium ter easy yang aku rasa nak guna macam diary public aku la kiranya... in addition bak kata orang putih.. haha.. aku ni memang agak rabun sikit bab-bak teknologi masa kini ni... hahahahaha
suatu masa dahulu, aku selalu terfikir apa yang aku mahu dalam hidup aku ni... aku selalu
terfikir macam-macam dalam kepala aku ni...
aku rasa banyak kekurangan yang kadang-kadang aku sendiri rasa mengarut
dengan fikiran aku sendiri... tapi aku selalu cakap dengan diri aku yang aku
kena redha dengan takdir aku... ada orang cakap berserah dengan takdir adalah
orang yang taknak berusaha lebih.. mudah mengalah putus asa dan lain-lain
lah... tapi diorang ni semua tak faham apa-apa pun dengan kehidupan aku... aku
ni dah berusaha semampu aku tapi takdir Allah dah menetap kan aku kena lalui
apa yang aku cuba untuk tak nak lalui.. jadi, sebagai hamba-Nya aku kena redha…
itulah yang aku maksudkan bila aku redha dengan takdir…
selalu juga orang tanya pendapat dan minta nasihat daripada aku,, selalunya
aku akan terfikir layakkah aku nak menasihatkan orang lain sedangkan kehidupan
aku pun kadang-kadang menyedihkan dan memeritkan hati hempedu aku ni… ada orang
cakap kalau nak nasihatkan orang lain cermin la diri tu dulu… oleh disebabkan
kata-kata ornag tulah aku selalu tengok cermin dan cuba muhasabah diri aku ni…
tapi bila aku tengok cermin, aku selalu nampak nikmat kesempurnaan fizikal
aku yang Allah kurniakan ni… aku ade mata, hidung, telinga, mulut… yang semua
tu nampak comel je bagi aku dan setakat ni masih boleh digunakan lagi.. hehehe…
tapi walau apapun yang selalu dicakapkan oleh orang disekeliling aku, aku
belum lagi bawa masuk betul-betul benda-benda tu kat dalam hati aku.. selalunya,
kata-kata diorang mengetuk pintu hati aku, tapi aku masih belum rasa nak buka
pintu… sebabnya aku masih tak tahu lagi apa yang aku cari dan aku betul-betul
nak dalam hidup aku ni…
dalam 2,3 bulan ni aku cuba untuk menjadi dan membuat sesuatu yang aku
selalu rasa nak buat tapi dulu aku takkan dan tak nak buat sebab aku tak yakin
dengan diri aku dan selebihnya aku macam rasa ada sesuatu yang menghalang aku,
mungkin juga dulu aku tak meletakkan yang paling utama ditempat yang utama..
tulah kekhilafan aku yang nyata… tapi alhamdulillah aku cuba kuatkan
diri dan bertawakal kepada Allah… dengan izin-Nya aku temui apa yang aku cari dan aku dah tahu apa yang aku mahu dalam hidup
aku ni…
aku nak cari kebahagiaan yang aku boleh sentuh dengan hati dan perasaan aku
dan aku juga mahu laksanankan tujuan aku berada kat sini dengan sebaik-baik
mungkin….
kebahagiaan yang aku boleh sentuh denagn hati dan perasaan tu sebenarnya ada
dalam diri aku sendiri… kekadang aku nampak gembira kat luar tapi dalam hati
aku rasa tak bahagia.. sebab aku terlupa Allah s.w.t lah yang memberi
kebahagiaan kat aku… dan tujuan aku
hidup disini adalah untuk kehidupan disana tapi aku terlupa kehidupan aku
disini ataupun disana adalah kerana Allah s.w.t.
insyaAllah dalam entry aku yang seterusnya aku akan bongkarkan dan ingatkan diri
aku sendiri apa yang dah aku buat dan apa yang dah terjadi kat aku yang
menyebabkan aku jumpa aku yang baru ni…
sekian, terima kasih... hahaha
Subscribe to:
Posts (Atom)