Saturday, July 20, 2013

Bukan kerajaan je ada transformasi..


transformasi... ya, aku telah melalui zaman ni... buktinya sekarang ni aku dah tak nak lagi menjadi selembut-lembut manusia... hehe... macam la sebelum ni aku lembut sangat... tapi frankly speaking aku memang dah berubah... my lovely mak mengakui perubahan aku ni... 

rasanya dah berbulan-bulan jugak la aku tak mengepost apa-apa kat sini... bukannya sebab aku busy ke apa tapi sebab aku nak fikir apa sebenarnya yang aku cari dan yang aku nak dalam hidup aku ni...
kadang-kadang aku terfikir jugak.. aku post kt sini cerita-cerita gorgeuos aku ni nak buat apa tapi.... ada aku kisah... aku cuma nak jadi kan benda ni sebagai aku punya memory.. bila aku lupa, aku buka benda ni aku retrieve memory aku balik.. ni kan medium ter easy yang aku rasa nak guna macam diary public aku la kiranya... in addition bak kata orang putih.. haha.. aku ni memang agak rabun sikit bab-bak teknologi masa kini ni... hahahahaha

suatu masa dahulu, aku selalu terfikir apa yang aku mahu dalam hidup aku ni... aku selalu terfikir macam-macam dalam kepala aku ni...
aku rasa banyak kekurangan yang kadang-kadang aku sendiri rasa mengarut dengan fikiran aku sendiri... tapi aku selalu cakap dengan diri aku yang aku kena redha dengan takdir aku... ada orang cakap berserah dengan takdir adalah orang yang taknak berusaha lebih.. mudah mengalah putus asa dan lain-lain lah... tapi diorang ni semua tak faham apa-apa pun dengan kehidupan aku... aku ni dah berusaha semampu aku tapi takdir Allah dah menetap kan aku kena lalui apa yang aku cuba untuk tak nak lalui.. jadi, sebagai hamba-Nya aku kena redha… itulah yang aku maksudkan bila aku redha dengan takdir…

selalu juga orang tanya pendapat dan minta nasihat daripada aku,, selalunya aku akan terfikir layakkah aku nak menasihatkan orang lain sedangkan kehidupan aku pun kadang-kadang menyedihkan dan memeritkan hati hempedu aku ni… ada orang cakap kalau nak nasihatkan orang lain cermin la diri tu dulu… oleh disebabkan kata-kata ornag tulah aku selalu tengok cermin dan cuba muhasabah diri aku ni…
tapi bila aku tengok cermin, aku selalu nampak nikmat kesempurnaan fizikal aku yang Allah kurniakan ni… aku ade mata, hidung, telinga, mulut… yang semua tu nampak comel je bagi aku dan setakat ni masih boleh digunakan lagi.. hehehe… 

tapi walau apapun yang selalu dicakapkan oleh orang disekeliling aku, aku belum lagi bawa masuk betul-betul benda-benda tu kat dalam hati aku.. selalunya, kata-kata diorang mengetuk pintu hati aku, tapi aku masih belum rasa nak buka pintu… sebabnya aku masih tak tahu lagi apa yang aku cari dan aku betul-betul nak dalam hidup aku ni…

dalam 2,3 bulan ni aku cuba untuk menjadi dan membuat sesuatu yang aku selalu rasa nak buat tapi dulu aku takkan dan tak nak buat sebab aku tak yakin dengan diri aku dan selebihnya aku macam rasa ada sesuatu yang menghalang aku, mungkin juga dulu aku tak meletakkan yang paling utama ditempat yang utama.. tulah kekhilafan aku yang nyata… tapi alhamdulillah aku cuba kuatkan diri dan bertawakal kepada Allah… dengan izin-Nya aku temui apa yang aku cari dan aku dah tahu apa yang aku mahu dalam hidup aku ni… 

aku nak cari kebahagiaan yang aku boleh sentuh dengan hati dan perasaan aku dan aku juga mahu laksanankan tujuan aku berada kat sini dengan sebaik-baik mungkin….

kebahagiaan yang aku boleh sentuh denagn hati dan perasaan tu sebenarnya ada dalam diri aku sendiri… kekadang aku nampak gembira kat luar tapi dalam hati aku rasa tak bahagia.. sebab aku terlupa Allah s.w.t lah yang memberi kebahagiaan kat aku…  dan tujuan aku hidup disini adalah untuk kehidupan disana tapi aku terlupa kehidupan aku disini ataupun disana adalah kerana Allah s.w.t. 

insyaAllah dalam entry aku yang seterusnya aku akan bongkarkan dan ingatkan diri aku sendiri apa yang dah aku buat dan apa yang dah terjadi kat aku yang menyebabkan aku jumpa aku yang baru ni…

sekian, terima kasih... hahaha